Saturday, May 26, 2012

Arjuna Lama.


Arjuna Lama,Kawan Baikku--

dua belas bulan dahulu,
takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar--
takkan ku biarkan tanganmu terluka dikacau
jengking dan ular--
Walau jasadku luka hatiku kecewa--
Kau tetap teman hatiku,arjuna lama.


nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa--

kan dulu ada satu ketika kau sakitseorang di tepijalan itu--
kan dulu aku hilangkan luka luka di jari jemarimu itu
jalan betul, arjuna lama,
tak nampak di mata kasar--
tapi sayang nya arjuna lama,
kita dicemburui masa yang ada-
sarat durinya.

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela.

ngeri rasa hati,
tiupan angin pantai dahulu masih bertiup untuk kita.
senyumlah arjuna lama,
kerana ada yang terluka kerana kamu,masih mampu tersenyum ingatkan mu arjuna beta.





No comments: