Sunday, September 11, 2011

Kuasa dua,

Si gadis itu sibuk memilih heels Vincci yang sepadan dengan kebayanya.Sambil bertwitter dan bersosial dengan rakan alam maya.Fikirannya memikirkan kebaya colour apa yang harus dibeli sambil bau syampoo saloon yang dikunjungi tadi dicium sedut.Perutnya berbunyi menandakan tiada sebarang nasi disuap lagi ke dalam rongga mulutnya hari ini.Fikirannya sibuk menolak tambah budget bulan hadapan untuk membeli Blackberry bersama si kesayangan.Oh ya,dia baru sahaja melanjutkan pelajaran ke peringkat degree.Her life seems goes well.



Si lelaki keluar mundar mandir membeli rokok,menghirup asap kotor sumbangan celaka celaka urbanisasi dunia.Tangannya sibuk menaip pesanan ringkas untuk mengetahui lokasi si gadis kesayangan berada.Hatinya tidak keruan selagi si gadisnya tidak kembali ke rumah.Sesekali dia cuba mendail number telefon si gadis,tetapi tidak dijawab.Fikiran juga rungsing dari mana dia mahu cekau duit sebanyak itu untuk gembira bersama si gadis.Badannya susut seperti biasa.Penat memikirkan jalan untuk hidup senang.Sesekali dia renung kembali duit yang dihabiskan dilaburkan untuk sesedut ganja bersama rakan taulan.Sepatutnya dia sudah bekerjaya sekarang mencari rezeki sesuap nasi.Ini sem akhir yang dia extend.His life seems miserable,yes.



Mereka masih bersama dan bercinta untuk selamanya.