Sunday, May 29, 2011

King,


"Fuck..."

"Sakit kan?"

"Sangat"

Hujan lebat luar sana.Rintik jatuh lebat.Queen dan King masih di tepi kaki lima.Terduduk terjulur kaki berdua.Merenung jauh menembusi setiap atmosfera.Tak terjangkau apa yang dilihat.Queen lihat sayu darah darah yang mengalir di tangan jari jemari King.Luka terkoyak kulitnya disini sana.Setiap titisan darah itu sama laju dan sakitnya air mata betina Queen yang mengalir laju melihat yang terjulur kaki sebelahnya berdarah sakit berduka lara.

"Aku dah kata,jangan buat.Kau patut dengar aku.Bukan si syaitan di dalam dada"

Queen mula mengomel sambil air mata betinanya tidak ada henti untuk mengalir.

"Kau patut faham aku.Kau patut nampak semuanya."

"Sayang sampai satu badan kau macam cilaka sakit disini sana?Kau patut belajar sayang diri kau dulu King"

Yang terdengar selepas itu hanya rintik hujan.Yang terasa selepas itu hanya kesejukan.King diam.Diam tanda dia tidak mahu berkata apa.Queen tidak henti henti membersihkan segala darah yang mengalir.

"Aku rayu King.Jangan diulang benda bodoh ini lagi.Aku rayu"

Masih.King diam.Terus.Queen terus memeluk sayu King.King rebah di pangkuan Queen.Hanya kesejukan yang menjadi saksi rebah sakit King hari itu.Tidak berapa lama King bersuara.

"Queen.."

"Apa?"

"Maafkan aku.."

"Untuk apa?''

"Aku terlalu sayangkan kau,Queen.You'll be my Queen forever."

Queen hanya diam.Merenung terus ke dalam anak mata King.Terus didakap lelaki unpredictable itu.

"Sampai mati,King.."


-----------




Tuesday, May 10, 2011

Matahari,

Seperti matahari yang memancar.Kau beri cahaya kau beri keindahan.Kau datang dan kau hilang.Seperti Kid yang terus menghilang dari telus pandangan aku.Kau tetap beri kesan walau kau tiada.Dan seterusnya air mata betina ini mengalir untuk siapa,kalau bukan kau.

"Harap ada puteri yang bertuah mendapat limpahan cahaya itu dari kau Kid"

''Puteri itu tidak akan sama dengan kau Anna.Kau luhur"

"Tapi aku bukan setentunya yang mendapat limpahan itu,ada bayang hitam yang memisahkan kita,aku hanya melihat tapi tidak pernah merasa"

"Aku harap hingga akhir nafas aku kau ada untuk aku Anna,dalam ini,dalam hati"


Away.

Hingga yang terakhir,

Angin hari itu meniup sepoi sepoi bahasa.Sejuk.Hingga ke tulang.

Lin datang seorang.Berjalan menuju ke taman itu.Sekali sekala dia betulkan rambut ikalnya yang ditiup angin.Dia pandang kiri dan kanan.Dan ke hadapan.Dia senyum.

"Hai cinta,how are you?"

Lin disapa Pitt.Senyum.Dua mata bertentang dan mereka hanyut dalam atmosfera paling agung dalam dunia.Picnic pada petang itu indah.Sangat indah.Dan akhirnya Lin rebah di pangkuan Pitt.

Tidak lama beberapa ketika.Lin bersuara dan dia bertanya,

"Kalau aku mati nanti,apa kau akan buat sayang?"

"I'll remember you all the time sayang.I'll keep you in my mind forever"

Lin diam.Seketika kemudian,Pitt bertanya.

"Kalau aku pula yang pergi dulu,what will u do baby?"

"Aku akan ceritakan pada Qirana Qirana kita,yang mereka punya ayah yang paling agung dalam dunia"

Mereka berpelukan sambil Pitt menahan air mata dari mengalir.Sampai mati Lin,sampai mati.

Hilang,

Pagi itu suram.Sangat suram.Bilik Anna hanya disinari dengan lampu screen laptopnya yang
dibiar pasang hingga siang.Dibiar.Dikuatkan alunan Creep berulang ulang kali.Sesekali diulang video kenangannya bersama Kid.Anna biar semuanya itu hingga dia terlelap.Dia tidur beralaskan kertas kertas putih yang diconteng.Diconteng penuh dengan nama Kid.Ya,air mata betinanya deras mengalir.Deras.

"Morning Kid"

Satu text dihantar.Diharap balasan.Diharap ada yang sedar kewujudan text itu.Diharap ada yang kisahkan morning text itu.Diharap ada yang punya hati untuk membalasnya kembali.Seharian Anna menunggu,tiada balasan dari Kid.

"Mungkin dia busy"

Monolog hati Anna dengan rasa sedapkan hati sendiri.

Anna berjalan di luar.Ke bus stop itu.Diharap terserempak dengan Kid petang yang amat hening.Dia ingat lagi.Di bus stop itulah,dia dan Kid bersua.Dia ingat lagi setiap jam lima,mesti dia terserempak dengan Kid.Dan di setiap jam lima,Kid akan menegurnya ;

"Hai,boleh saya tahu sekarang pukul berapa ya?"

"Lima,kenapa ya?"

"Oh tak mengapa.Pelik kan.Setiap kali jam lima,kita berjumpa"

Anna tersenyum seorang dan menjawab,

"Ya,pelik bukan?"

"Mungkin kita perlu memulakan sesuatu yang baru di jam lima?"

Mereka tersenyum.Dan dari hari itu.Perkenalan mereka bermula.Hari demi hari,segala galanya indah.

"Eh Kid,jum picnic nak petang ni?Aku bosan la dekat rumah"

"Alahai comelnya kau Anna,kita berdua je?"

"Yelah,dengan siapa lagi?"

"Baiklah Siti Raihana,saya setuju dengan pelawaan tuan puteri"

Anna senyum sampai telinga bila Kid bersetuju.

Petang itu mereka ke taman itu.Berpicnic.Anna menyarungkan dress putihnya sama sepatu vintage merah kegemarannya.Kid seperti biasa,segak dengan kemejanya.

"Anna kau comel sangat petang ni kenapa?.Serious comel dengan dress putih ni baby"

"Kau puji puji aku ni nak apa sebenarnya Kid?"

"Eh puji pon salah?Aku cakap kau mcm pontianak nak?Suka?"

Terus cubitan diberikan kepada Kid.Mereka sangat happy petang itu.Kide memetik gitar mengalunkan beberapa lagu.Anna tidak terlepas untuk merecord segalanya.Kek,apple,semuanya dimakan bersama.Ada juga sekali dua Kid menggeletek Anna.Anna ketawa tak ingat dunia.Mereka berkejar kejaran.Ditembak gambar bersama beberapa kali.Kid mengdukung Anna petang itu.Keindahan sunset petang itu dijamah bersama.Indah.Sangat indah.

"Kid,kita bestfriend kan?" Anna bisik kepada Kid sambil tangan mereka berpegangan.

"Ya Anna,kau bestfriend aku.Kau heroin aku kan Anna?"

Anna senyum.Disandar di atas bahu Kid.Mereka senyum.

----------------------------------------------------------------------------------------------


"Anna sudahlah tu,mari balik,kau buat apa dekat taman ni?"

Anna tetap diam terpaku walaupun panggilan dari ibunya itu didengari.

"Kejaplah lagi la ibu,Anna tunggu Kid datang.Kitorang nak picnic lagi petang ni"

Ibu Anna diam sambil kepala digeleng.Dibiarkan Anna sendirian di taman itu.

"Kid,mana kau ni,lambatnya datang"

Anna mengomel sendirian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu,Anna nak pergi 7e kejap ea?"

"Ha,jangan lambat balik.Dah senja ni"

"Alah,anna pegi 7e je bu,bukan nak pegi shopping"

"yelah yelah"

Langkahan Anna laju menghala ke 7e itu.Masuk sahaja ke kedai itu,terus dicapai roti coklat itu.Diambil dua.Coke itu juga dicapai dua.

"Kalau Kid tahu aku beli roti ni,mesti dia suka"

Monolog Anna sendirian.

Roti dan coke itu dibayar.Anna melangkah keluar.Sebaik sahaja dia melangkah,Lin,jirannya menegur,

"Eh Anna,kau nak pergi mana?Dengan roti coke semua"

"Nak jumpa Kid,dia mesti suka aku beli roti and coke ni kan?"

anna menjawab dengan penuh senyuman di bibir.

Lin hanya memandang Anna sepi.Sambil digeleng kepala berkali.Anna meninggalkan Lin selepas mereka berjabat tangan.

Anna menuju ke taman permainan itu.Di buaian yang dimain selalu bersama dia dan Kid.
Dia decide untuk menunggu Kid disitu.Dia ingat lagi.Kid selalu menakutkannya dengan menolak buaiannya laju;

"Kid janganlah.Aku takutlah buaian ni laju sangat"

"eleh kata gengster,takkan dengan buaian pon kau takut Anna?"

"Kau diamlah Kid"

Kid mengacau Anna lagi dan lagi.

"Kid,mana kau ni dari tadi aku tunggu...."

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu Anna bangun.Dia berdiri betul betul di hadapan cermin.Dilihat rambutnya yang berbulan tidak dipotong.Dilihat badannya yang semakin menyusut.Gambar Kid dipegang.
Didakap penuh erat.Dipegang roti dan coke yang dibelinya semalam..

"Anna,mari makan"

"Nantilah ibu.Anna tak ada selera"

"Baiklah.Tapi ni Lin datang ni Anna.Dia mahu jumpa kamu"

Sejurus kemudian,Lin masuk ke dalam.Tidak sempat Anna berkata apa apa,Lin terus berkata;

"Anna sudahlah.Berhenti jadi begini.Yang pergi tetap pergi Anna.Berhenti dari text dia Anna.Dia takkan ada untuk membalas semua.Berhenti beli coke dan roti tu Anna,Kid takkan ada disebelah kau untuk jamah semua itu.Berhenti dari pergi ke taman itu Anna,Kid takkan ada untuk bermain bersama kau.Takkan ada untuk berpicnic dengan kau.Dia dah pergi Anna.Sudah setahun dia pergi Anna.Kau masih macam ni"

Tanpa sedar,air mata anna mengalir deras.Sederas air di laut.

"Tak Lin,dia ada dekat rumah dia kan Lin?Dia busy kan?"

"Ya Allah Anna,bangun Anna.Arwah dah lama pergi meninggalkan kita.Anna bangun"

"Aku rindu dia Lin.Siapa lagi nak jadi bestfriend aku?Siapa lagi?"

"Kau doakan saja arwah tenang disana Anna.Berhenti berpelakuan begini.Arwah dah tak ada Anna.Bangun"

Lin memeluk menenangkan Anna.Tapi Anna tetap begitu.Hatinya masih ada Kid.Bau kid masih segar di ingatan Anna.Masih kuat.

"aku harap kau kuat Anna.Ini semua dugaan.yang dah pergi tetap pergi.kau tak ada kuasa nak kembalikan dia.dia dah hilang dari pandangan kita semua."

Lin menghamburkan kata kata semangat itu kepada Anna.

Anna masih berteleku di situ.Diam dan kaku.

Lin berlalu meninggalkan Anna dengan penuh rasa kasihan.

Anna masih disitu.Berpeluktubuh bersama gambar gambar Kid.

Gambar Kid dipegang.Dan anna berbisik.

"Kid,aku rindu kau.Kau dengar aku kan?"

END.

Tiga Palat part two,


Three.


Kelihatan dua lelaki itu berjalan menuju ke kereta Noah.Senyumannya Jess semakin melebar lebar.Pipinya kelihatan merah kerana terlalu gembira.

Noah dan Tim pelik melihat Jess senyum sorang sorang.Mereka pon bersuara.

"Kau dah kenapa Jess? Gila apa senyum sorang sorang?"

"EE korang ni.Loading betul la.Nampak tak mamat dua orang yang tengah jalan ke sini tu?"

Jess explain kepada jantan berdua itu sambil tangannya dihala ke luar tingkap.

"Nampak. Sorang putih. Sorang hitam.Kenapa?"

"Ehhh ayat kau Tim.Memang mintak mintak penampar aku kan.Kau macam cakap depan cermin la Tim. Tak baik la cakap hitam.Kurang cerah je tu.Haa dorang tu la aku nak jumpa"

Noah dan Tim menekup muka mereka.Menahan ketawa.

Jessy sudah tarik muka. Geram dengan jantan berdua yang tak faham bahasa.

"Haa. si pemilik Topman yang mana? Hitam ke putih?"

Jessy berlalu meninggalkan jantan berdua itu. Tanpa menjawab soalan Tim.Noah dan Tim hanya mendiamkan diri. Lalu mengekori Jess ke luar kereta.

Jessy agak gugup untuk berkata kata. Tapi dia cuba menghilangkan nervousnya itu dengan melihat lihat jam di soni cikainya.. Baru nampak macho.Kata jessy.

"Hai Kid"

Jessy memulakan perbualannya.

Kid senyum sambil matanya telus melihat Jessy dan mereka berjabat tangan.Jessy senyum penuh makna.Begitu juga dengan Kid.

"Hai jessy. Eh dah lama sampai?"

"Sebenarnya awal awal lagi dah boleh sampai. Tapi disebabkan yang drive tadi si raja sesat.Memang mcm pegi london la dia punya lama"

Tim yang berdiri di Jessy tersengih sengih kambing penuh makna.Noah pura pura tidak dengar sambil matanya dipanah ke langit.

"Eh Kid, lupa nak introduce. Ni Tim and Noah. Bodyguard i tanpa gaji"

Kid tersenyum sahaja melihat Jessy berkata kata. dan mereka pon berjabat tangan.

Tim,Noah,dan Jessy tertanya tanya. Siapakah yang disebelah Kid. Wajahnya cerah. Dengan hanya memakai boxer dan Jersi bolasepak kedah berdiri bersahaja di tepi Kid.

Dalam hati Jessy berkata.

"Eee tak sejuk ke mamat ni keluar pakai boxer jee. Rare habis"

Tak lama kemudian Kid bersuara.

"Jessy, ni kawan i. Lim.Dia bestfriend i dekat sini"

Mereka bertiga pon serentak berkata.

"OOOO"

sambil bersalaman dengan Lim.

Lim tersenyum senyum. Sambil soalan diajukan kepada Jess.

"Eh jess, kenduri kakak hang bila?"

Muka Jessy mula berkerut.Dan berkata

"Kenduri?Kenduri apa?"

Tim dan Noah sudah menjeling jeling kepada Jessy,

"Jessy,ada kenduri pon dah xnak ajak kan, mcm ni aaa membe"

"Eh kenduri apa ni Kid? Haha. I taktahu apa apa."

Kid pon bertanya kepada Lim,

"Kenduri apa Lim?"

Mereka semua disitu di penuhi perasaan keliru.

"Hang bukan cita akak hang nak kenduri ka Jess?"

"Kenduri ke Konvo?"

Tanya Kid dan Jess kepada Lim.

"Eh konvo.Silap silap"

"HAHAHAHHAHAHAHAHHAHA"

Mereka semua disitu ketawa tanpa henti. Semua tersengih sengih. Lebih lebih lagi.Si Jessy.
Kecuali Lim.Menahan malu agaknya.

"Kau ni Lim. kelaut sangat salahnya.Konvo dengan kenduri jauh sangat bezanya.Buat aku blur aje"

"Sorry Jess. Aku baru bangun tidur sebenarnya ni. Si Kid ni la. Dok suh aku teman dia jumpa hang"

"HAHAHAHA"

Jessy menyambung hilai tawanya lagi.

"Sorry Jessy. Si Lim ni memang short sikit.Macam macam perangai"

Kid meminta maaf kepada Jessy. Jesy senyum tanda tidak kisah.

"Takpe Kid atleast,someone kasi i ketawa harini"

Dan selepas itu. Mereka terus melancarkan conversation mereka ke topic topic lainnya. Dari makan Mcd dengan ex girlfriend hingga bola sepak. Agak lama juga mereka berborak. Noah dan Tim tidak habis habis ketawa melayan cerita Lim. Sementara Jessy menyatakan sesuatu kepada Kid jauh sedikit dari mereka bertiga.

"Kid this is for you"

Jessy mengeluarkan sebuah envelope coklat dari beg nya.

"Apa ni Jessy?"

Riak wajah Kid berubah kehairanan.

"For your becoming birthday. I rasa i tak dapat jumpa you masa tu."

"oh thanks jess.You memang baik"

"Takdehal la Kid."

Mereka berdua senyum.

"Tapi Jess."

"Tapi apa Kid?"

"I harap, you tak marah"

"Kenapa?"

"I've met someone before you actually"

Jess mula mendiam kan diri.

"Then?"

"I thought im gonna tell you all of it today.And i tak sangka. U baik sampai jumpa and beri hadiah ni semua dekat i"

Jess merenung ke bawah. Deep and down. Dia tak sangka. Bad news juga yang akan dia terima hari ini.

"Jess, i mintak maaf sangat sangat"

"Takpa Kid. Now i know. Why you diam dua hari dengan i."

"Sebenarnya, masa tu. I jumpa Mia.Shes the one that i've met before you"

Jessy diam. Dia tak sangka.Mia itu yang selama ni menjadi apple of Kid's eyes.

Airmata Jessy mula mengalir. Dia tak sangka pengorbanannya selama ini menjadi gagal begini.

"Jess please. I taknak u menangis."

Jess diam. Lidahnya betul betul kelu.

"Kid, there;s a shirt, cake and poem for you. Jaga diri ye. I balik dulu".

"Jess.."

Jessy berlalu pergi . Meninggalkan Kid seorang diri. Kid masam mencuka. Dia dipenuhi rasa bersalah.

Noah dan Tim terpinga pinga. Terus mengejar Jess yang berlalu diam menahan kesedihan.
Enjin kereta dihidupkan. Kid mengekori Jesy yang berlalu pergi dengan anak matanya.

"Jess, aku sayang kau. Maaf"


Noah dan Tim hanya memandang Jessy diam.Mereka tak berani nak bertanya. Takut kena fire tak pasal pasal.

Tidak lama kemudian, Jessy bersuara.

"Noah, jom lepak ."

"Tapi kita mahu kemana?"

"Kemana mana sajalah."

Perjalanan malam itu bagi Jess sungguh penuh onak dan duri.Pedih.

Noah meluncur ke atas bukit itu.Disitu mereka selalu menghabiskan masa meluahkan segalanya.Sebab mereka sekepala.Tak ada hal untuk mengatakan segala galanya.

"Jess kau kenapa sebenarnya. Tiba tiba je sedih.Aku baru seronok gelak dengan Lim tadi."

"Aku kena game.Aku kena tipu.Aku termakan ayat gula.Sial lah"

Tim mula bersuara.

"Aku dah agak dah.Yang gelap gelap ni mmg gelap la masa depan kau Jess"

"BODOH.Aku sedih ni Tim.Kau boleh buat lawak kan."

"Takdela. Kalau kau nangis pon.Kau dapat apa? Makin kerut muka adalah. Dah tak Jessica Alba la kau lepas ni Jess.Kau hadap je la kenyataan gelap kau ni Jess.Menangis keluar clorox pon tak kan dapat cerahkan harapan kau balik Jess."

Mereka bertiga mengirai ketawa.Sambil Jess cubit badan Tim.Tim mengerang kesakitan.Mereka bertiga pon baring melihat bintang bintang.Mereka kelihatan capek sekali.Masing masing diam.

"Eh Tim mana?"

Noah menjuihkan bibirnya.

"Tu sana tu.Kencing"

"Oh"

"Apa kau akan buat kalau kau ada sehari lagi untuk hidup Noah?"

"Apasal pelik sangat soalan kau ni Jess?"

"ala jawab je la."

"Err. Aku nak main game puas puas."

"Dah agak dah."

Tim pon selesai kencing lalu baring di sebelah Jess.

"Kau tim?"

"Apa?"

"Apa kau buat kalau kau ada sehari lagi untuk hidup"

"Aku nak buat seks dengan Megan Fox"

"BODOH!"

Serentak Jess dan Noah teriak kepada Tim.Mereka bertiga ketawa terbahak bahak.

"Kau jess?"

"Aku?Aku nak jadi puteri raja"

"Ah berangan" Bentak Tim.

"Sukahati aku lah,haa cuba korang tgok.Dengan jawapan kita kita semua.Kita memang tak ada gol dalam hidup.Sebab tu kita heartbroken manjang"

Jess sambung lagi.

"Kau Noah.Kau kena tinggal lepas dua tahun kau dengan Linda.Kau pulak Tim.Kena dam dengan Nina lepas tiga tahun sama sama.Sebab semua awek tu tak faham korang macam mana."

"Tiga budak useless dan selalu terasa palat dalam hidup yang cari cinta , kan?"

Noah bersuara.

Tim dan Jess angguk.

"Tim, cinta itu apa?"

"Cinta bagi aku mcm coklat.Memang manis. Tapi kalau dah habis.Kosong.Tak ada apa"

"Kau pulak Noah?"

"Macam pari pari. Aku tunggu dia datang"

"Lepas tu aku terajang pari pari tu." Sampuk Tim.

"Kau diam ah babi" Bentak Jessy.

"Pari pari? kenapa pari pari?'' Jess tertanya.

"Sebab pari pari rare dan istimewa. Setiap yang istimewa hanya datang sekali je Jessy.Kenapa kau tanya Jessy?"

"Nothing"

"Bagi aku, cinta itu rainbow.Tak mudah dia nak datang"

Noah dan Tim angguk tanda setuju. Dan mereka pon terus baring memandang langit yang dipenuhi bintang mengerlip.



"Kau tahu Jess, ada bintang di atas sana itu , sayang pada kita"

Jess termangu.

"Mana kau tahu?"

"Bintang itu menyorok. Kau saja tak nampak dia"

"Ya, mungkin orang yang aku sayang aku itu seperti bintang"

Menyorok dari aku.Mungkin mahu aku menunggu.

Angin malam terus menemani mereka.Terus tanpa henti.


Noah Jess Tim selamanya.

END.

















Tiga palat part one,



One.

Shit.Kadang - kadang kita selalu fikir. Kita okay okay saja.Tak pernah ada problem. Senyum hari hari. Berlagak happy-go-lucky. Tapi dalam hati? Hancur. Ranap. Seksa.Pedih. That is shit. Tapi bagi mereka yang optimistic.Terus jalan ke depan. Terus . Tanpa belok ke kiri atau kanan. Aku salute mereka yang terus jalan ke depan walau hidup dipenuhi bangsat. Salute. Batu betullah kau kau semua ni.

Jessy lihat jam di laptopnya. Damn. Dah pukul 5 pagi. Dia tak reti nak tidur lagi.Dia lihat keliling.Gelap. Yang menerang biliknya ketika itu hanyalah cahaya cahaya yang keluar dari screen laptop Apple nya.Pekikan mardy bum di slowkan.Gila apa nak memekak subuh subuh adam ni.

"Bila rambut aku nak panjang ni? Sial ah. Lembab.Padan muka aku. Konon jiwa kacau. Potong rambut lagi."

"Bodoh. Ingat potong rambut boleh solve problem ke?"

Monolog Jessy sendirian. Jessy sikat rambutnya kemas kemas. Biliknya yang penuh dengan posters and kertas kertas dia kutip. Jessy senyum hingga ke telinga bila dia lihat satu kertas yang siap dengan poemnya sendiri.Yes. Jessy suka menulis . Poems are her drugs. Dia lipat kertas putih itu. Lipat kemas - kemas. Dia simpan dalam envelope colour coklat yang dia beli sendiri di kedai uncle mariappan pagi tadi. Dia buka inbox.

"I miss you jessy. Take care babe"

Jessy senyum.
Selesai dia simpan, dia pejam mata sampai terlelap.

"Noah, kau kat mana do?"

"Afrika. Asal cine?"

"Teman aku jap. Beli barang."

"Barang apa? Kalau bra dengan panties aku nak ah follow"

"Pokemon lu. Jangan nak pervert sgt boleh tak.Beli tshirt lah"

"Beli untuk aku ke? Ish terimaseh je la wey"

"Mati hidup balik pon aku xkan beli la"

"Haha . Cibai. Tunggu aku kat bus stop depan rumah kau. Lagi 10 minit aku datang"

"Wey jangan lama lama. Hidupan comel mcm aku neh senang kena ngorat. Kang aku hilang, kau mula lah nangis.isk"

"Persoalannya kau comel ke?"

"Comel. Dah cepat. Kredit aku nak habis da ni.Kau x datang mmg cari pasal,Bye."


Two.

Jessy sembur perfume victoria secret ke baju anthrax nya.Dia senyum. Pandang cermin . Hati dia memang betul betul bunga bunga. Dalam hati ada air terjun bak kata orang. Happy semacam dia hari tu. Dia capai handphone nya. Dia senyum lagi. Bila dia baca text message malam tadi.Dia senyum lagi. Haih. Macam dapat cek sejuta dalam tangan.

"Mak, orang nak keluar kejap.Nak beli barang sikit"

"Kau nak kemana? Balik cepat. Jangan merayau. Sekarang kan musim hujan. Nanti demam"

"Orang keluar dengan Noah je. Mak jangan la marah marah nanti kedut kedut dah tak hot macam Jessica Alba , Abah pon lari, Hehe "

"Eh eh banyak la kau punya jessica alba. Megan fox lah"

"Aaar? HAHAHHAHA. Orang pegi dulu mak"

Jessy salam ibunya. Dia senyum. Dapatlah duit makan dari ibunya.

"Mana si afrika ni, lembab betul la"

Rungut jessy sendirian.

"HOI CINE!!"

Kedengaran pekikan Noah dan Tim keluar dari kereta itu. Noah berhenti betul betul di sebelah jessy.

"Bongok. Terkejut aku taw tak. Hoi Tim, apasal kau ikot? Aku takda ajak kau pon kan. Tatahu malu betul la kau "

"Eh sukahati aku lah. Kau sibuk apa . Haha. Lagipun Noah ni kan gay partner aku. Mana leh berenggang weh"

"Acik kau gay. Muka mcm Eman manan ada hati nak mengaku gay."

"Siot lu. Dah dah jum"

" Nak pegi mana ni?"

"Topman"

"Laaaa.Kau nak beli barang untuk sapa ni? haha okay. memang taknak beli bra la ni?"

"Adelah.Kau diam la noah."

Jessy cubit pinggang noah. Noah mengerang kesakitan. Diikuti dengan hilai tawa Tim. Mereka bertiga sahabat baik. Tim dan Noah adalah sepupu. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Sejak Jessy bertukar sekolah sama dengan mereka. Kemana pergi mereka akan tetap bersama. Cuma Tim jarang bersama mereka. Tim sekarang dah masuk maktab tentera. Balik rumah pon jarang jarang. Jessy sangat sayang persahabatan mereka bertiga.Hanya Tim dan Noah saja yang paham perasaan Jessy. Hanya jantan berdua itu saja yang tahu macam mana mahu kasi jessy ketawa.Dulu mereka pergi kelas sama sama. Ponteng kelas sama sama.Makan sama sama. Cuma mandi je tak sama sama.

"Wey yang ni okay tak?"

Tanya jessy selepas setengah jam belek belek t shirt di kedai itu.

"Hitam? Hurm. Okaylah kot.Kau nak kasi sape ni, jess?"

Jessy tersengih sengih .

"Adalah"

"Nanti korang tahu jugak la"

Tim dan Noah senyum senyum.

"ala btaw je la jess. mamat mana yang kau angau sangat ni wey?"

Jess terus berlalu ke kaunter. Tanpa hiraukan pertanyaan dua jantan itu.Dia senyum lalu bayar.Dan dia senyum lagi.Sampai telinga.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh bangun la.Kau dah janji nak teman aku hanta barang ni kan"

Jessy sedikit meninggikan suaranya di telefon.10 kali dia mendail nombor yang sama,
sedikit hilang moodnya hari itu.

"Yela. Kejap la. Tunggu aku mandi jap. Tapi kita nak kemana?"

Noah tertanya tanya.

"Adalah. Dalam kereta nanti aku cerita.Kau tu cepatlah bersiap.Bukan senang Cik Megan Fox tu nak kasi aku keluar malam malam ni.Rare habis ni wey"

"Baiklah tuan puteri. See you later"

Conversation antara mereka berhenti di situ. Jessy happy lain macam hari itu.Dia ber tshirt vintage hari itu. Skinny hitam disarungkan. Dengan sepatu vintage merahnya sebagai pelengkap untuk hari itu. Siap siap semua dia terus mencari Noah di bus stop depan rumahnya.

"Eh Tim, apasal kau pulak drive ni?"

Jessy pelik melihat Noah di kerusi penumpang.

"Alah biar la. Sekali sekala aku pulak nak jadi driver"

Tim terus berkata kepada Jess.

"Ah kau. Takpayah nak mengada, Kau tu raja sesat. Kang mana mana je pegi"

Jess sedikit menekan kan kata katanya.

"Alah biar la dia Jess, dia dah lama tak drive tu"

Akhirnya Jessy bersetuju juga dengan Tim dan Noah.Walaupun muka nya agak sedikit kelat.

"Kita nak kemana ni?"

"Ha, kau tahu kolej Zii kan?Jum gerak sana"

Dalam perjalanan ke sana Jessy tak habis habis dengan lagu lagu di mp3 nya. Jessy sedikit nervous malam itu.Dia jadi tidak tentu arah. Dia minum coke. Dia cuba tenang. Tapi tak boleh.

"Kau kenapa ni Jess? Lain macam je harinie. Kau nak jumpa sapa ni?"

Noah tanya kepada jessy sambil menarik earphone dari telinga Jessy.

"Apa?"

Jessy teerkejut melihat noah yang tiba tiba menarik earphonenya.

"Kau nak jumpa sapa ni? Takpernah pernah kau cantik cantik macam ni."

Noah menutup mulutnya menahan ketawa.

"Eh siot la kau. Aku nak jumpa orang la.Takkan nak jumpa kucing pulak.Hehe.Kau rileks je.Nanti kau tahu la sapa."



Selepas beberapa lama. Tiba tiba Tim bersuara.

"Wey korang, aku rasa kita dah sesat la."

Muka Tim mula berubah menjadi cuak.Jessy sudah tarik muka.
Noah macam biasa. Mendiamkan diri.

"Kan betul aku kata noah. Si tim ni takde bakat jadi driver. Sesat memanjang."

Noah sudah mula mentertawakan Jess dan Tim.Tim meminta maaf kepada Jess berkali kali.

Selepas setengah mencari jalan meredah hujan, akhirnya mereka sampai juga.

"Hey i dah sampai"


Kedengaran suara Jessy berkata kepada seseorang di telefon.

Tak lama kemudian,kelihatan dua orang lelaki berseluar pendek. Ber tshirt putih dan hitam keluar dari apartment itu..

Jessy senyum pabila melihat jejaka ber tshirt bloc party berwarna hitam itu,

Senyum jessy lain dari senyum senyumnya sebelum ini..


To be continued...

Kaku,


Lin masuk bilik. Hempas segala barang barang nya. Mungkin dia period hari itu atau mungkin shes having a bad day.Emosi turun naik macam roller coaster. Tak pernah nye nak chill. Padan muka sapa yang cari pasal dengan dia hari itu .Mungkin lah dia period. Kalau tak period lu orang jangan salahkan gua pulak. Gua assume je.




Lin fucked up dengan diri dia sendiri sebenarnya. Entah tidak tahu kenapa. Hari ini dia texting texting dengan Tim, tapi dia kaku semacam. Rasa bebal yang berbakul bakul. Tim cakap hai balik pon Lin jadi kaku mcm nampak hantu .




"Sial lah!"


Bentak Lin seorang diri.




"Kenapa aku kaku macam bangang sangat ni. Apa yang mamat tu dah spell dekat aku hah?"




Lin monolog sendirian.




Lin ingat lagi..


Masa on the way balik rumah dia text Tim..




1 message sending...




"Hai Tim."




Satu titik diletakkan. Tanda malu dan pura pura kuat.Padahal nervous macam gila hapa tah.


Dalam hati Lin berharap cepat lah Tim reply. Mungkin Lin rindu gamaknya.Boleh ke macam tu?




Two minutes later,




"Hai Lin"




Lin melompat lompat macam budak tadika dapat rebut gula gula banyak banyak.




Tapi selepas itu Lin kaku. Puas dia pikir. Apa yang dia patut cakap pada si Tim kasi mereka terus berkonvisasi tanpa henti.




Tapi Lin buntu.




Buntu


dan


buntu.






"aaaargghhh"






Takkan Lin nak text .




"Tgh buat apa?"




Klise ok. Amat membosankan.




Akhirnya Lin decide, untuk biarkan saja begitu. Sampai dia tertidur.






Pukul 8 malam.


"Rindu pulak"




Kata Lin.




1 message sending..




"Hai Tim."






Sekali lagi satu titik diletakkan. Tanda pura pura kuat, padahal malu.




*Lin jarang menghantar text hai kepada sesiapa. Oleh itu. ini sangat Rare.




"Hai Lin"




Sekali lagi Tim membalas text message Lin. Dan sekali lagi Lin kaku. Apa bodoh tah minah ni dapat text pon jadi kaku.






Bodoh.




Lin diam lagi. Dia letak handphone soni cikai nya jauh jauh. Lepas itu dia ambil kembali.


Tapi still,


KAKU,


Blur.




Lin pergi dapur. Ambil makanan. On TV. Tapi still, dia takde idea.




Kenapa dengan Lin?




Dia rindu Tim. Tapi dia tatahu nak kata apa. Dia speechless.




"Ah cilaka!"




Kata lin sebelum dia tidur.






*Sesungguhnya hanya dengan satu text message sahaja hati lin boleh jadi kaku.


TANPA SEBAB.






*sedang memainkan creep - radiohead.




Dua senyum,


I dunno how to pronounce love. How to feel it. How to predict it was a true love or hanya palat semata mata.Which one should i trust? Your words or your smile?Your hands or Your eyes? Bilang pada aku , baby. Cerita pada aku sayang.Ok.Sudah. Diam.



One

Pukul 8 malam.

1 text message received.


"Tim, esok x jadilah. I have no good mood"

"Lah apasal kau lin? Kau period eh?

*diam*

*masam mencuka*

"I got a bad news"

"Apasal? ceritalah."

Lin diam macam biasa. Diam. Tim tunggu jawapan lin. Tapi emosi betina lin sangat emo malam itu. Lin terus diam tanpa jawapan.

Dan kemudian, hati lin lembut juga.
Lin bisik dalam hati hancur dia.

"Yes, i need a shoulder to cry on"

Lin senyum seorang diri. Capai sony cikai dia. Dan,akhirnya nombor Tim dipanggil.

Calling tim..

no respond.

Calling tim..

no respond..

Lin mengeluh. Dia mula tarik selimut. Dia assume Tim sudah tidur.Sebelum tidur dia belek sony cikai dia.

*1 missed call received,Tim*

Lin senyum sampai telinga. Dia dail kembali num Tim.

"Kenapa weh?"

"Saja. Aku tak boleh tidur."

"Ceritalah. Ape masalah?"

"Tak ada apa lah. Kau da makan?"

"Aku baru lepas main game"

Dan perbualan mereka diteruskan tanpa sedikit pon kesedihan ada dalam hati Lin. Conversation mereka terus pergi jauh sehingga panggilan disekat oleh operator.

*Kredit habis.Damn

Lin senyum. senyum sebab kredit habis.




Two


Pukul 5 petang.


"Lyn, aku dekat gc. Kau dekat mana"

" Aku dekat 7e dengan faris."

"Tak ajak ! "

"datang lah sini. baru je sampai lah."

"Nanti lah. Aku nak rokok jap"

"Okay"

"Mana kau?"

"Belakang kau je la lin"

Lin terus jalan. Duduk. dia pandang tim. Oh ramai pula geng tim harinie.Takpelah.
Lama lepas tu. Selepas teh o aishabis. Baru tim datang sapa.

Senyum. Dua dua senyum.

"HAHA kau ok tak ni lin?'

"Okay lah. Aku nampak sakit ke?''

"Okay okay"

"Okay? OK."

*Tim memang tak reti pujuk perempuan. Keras sangat.Hish,

"Faris nak pegi mana lepas ni?"

"taktahu. pegi taman gay jom"

"WOI!"

serentak lin dan tim menjerit.
disertai hilai tawa faris.

"Jum lah gerak. Aku dah lama tak sumbangkan suara ni"

"Okay"

Lin senyum. Tim tak nampak. *cair.

Selepas berbelas belas sumbang disumbangkan, mereka pergi minum dan rokok. Dari isu kak bedah jual kain ela, hingga isu isu anjing dan kucing malaysia. Semua mereka bantai cerita.

Dalam satu saat. Lin senyum. And terdiam.Tim was holding her hand.
The touch and the feeling was so different.

dalam hati lin kata

"Oh stop it lin. He isnt yours."

"Senyum lagi Tim. Kau buat aku happy"

"Oh senyum lagi darling. Your smile heals me"

Tapi lin senyum lagi. Wish he was hers.

Tapi Lin tahu. dia takkan dapat. siapa mahu jiwa gila macam dia?

Berjam jam juga mereka bantai bercerita. Hanya lin tahu, how happy she was.

"LIMA MINIT SEBELUM BALIK"

"Lin sini kejap"

"Apa?"

Dush.

Tim ketuk dahi Lin.

HAHA.

Tim ketawa.

"Siot kau tim"

Lin senyum lagi. Kenapa dengan lin ?

Lin kata pada Tim

"You know something? You will be act like a fool in front of someone who likes. You just got blurred and stuck in the middle. Not as cool as always"

"Yeke? entahlah.hati dah kering"

Tim jawab dengan muka takde perasaan. Dia punya pengalaman yang gelap mungkin.




Lin cakap dalam hati.

"ALAAAAAAA ;'("

Lin salam Tim.

And their hands are apart now.

Three.

*Lin semakin suka senyum sekarang ini*

Ok.These wasnt a love because Tim wasnt Lin's.

Please, keep smiling to Lin, Tim.

Just keep smiling.

Sekian.

Cinderella gila,


terus buka baju avenged sevenfold kau sayang,terus bakar sigeret kau, terus bakar dan terus bakar
jangan berhenti.
sebab sekarang sudah pukol 12, cinderella gila sudah pulang.
pulang ke rumah dan takkan kembali,
cerita wonderful kita berdua sudah habis sayang. tamat. sudah temui jalan mati.
sudah diletakkan titik.sudah diikat mati. sudah di lock up dan dibuang kunci.
cepat senyum lebar lebar. cepat.
cepat lompat . cepat senyum
lompat. senyum. lompat senyum.
puas kan?
mesti kau orang paling happy dalam dunia sekarang ni kan?
takkan ada cinderella gila datang dekat kau lagi dan cerita mengarut ngarut sampai kau
penat nak senyum gelak gelak ketawa,
takkan ada cinderella gila datang dekat kau lagi cerita dia sakit perut sebab tak makan nasi dan selalu ketagih coke,
takkan ada cinderella gila datang dekat kau ckp dia rindu kau sampai brader pos laju yang hantar perfume victoria secret's dekat dia pon dia ingatkan itu engkau sampai dia scream nama kau kuat kuat dan dia realise dia salah dan itu bukan kau,
takkan ada cinderella gila yang sanggup redah hujan,redah lautan manusia, redah jalan sampai sesat semata mata nak beri kau hadiah dan lihat kau depan mata lagi,
takkan ada cinderella gila yang teringat kau sampai mengalir air mata betina dia,
takkan ada cinderella gila yang tulis poem utk kau lagi supaya kau realise apa dia rasa,
takkan ada cinderella gila yang sanggup kena marah dengan sister nya lagi semata mata nak jumpa kau,
takkan ada cinderella gila yang buat gamba kau sebagai desktop background nya lagi semata mata dia pendam perasaan dia berbulan bulan smpai gila,
takkan ada cinderella gila yang text kau tgh2 malam dan kata ,"hai hensem"
takkan ada cinderella gila yang kejut kau subuh2 adam lagi,
takkan ada cinderella gila yang borak dgn kau pasal lipas dgn ular sampai dua tiga pagi sambil sengih2 ketawa ?"dan akhirnya dia ckp
"eh apahal kita crita pasal binatang ni"?")
takkan ada cinderella gila yang eksaited tanya kau lagi bila hayley nak dtg mesia eh?,
takkan ada cinderella gila yang tanya kau, eh kalau aku colour rambut aku merah mcm hayley boleh tak?
dan patutnya kau realise. cinderella penah kata kalau dia wish nak kaler rambut, maksudnya die tengah gile babun high.
mabuk.
mabuk kerana sakit kau ignore dia,
takkan ada cinderella gila yang cerita dekat kau lagi, yang dia makan fries dengan sos je satu hari,
dan dia teman kau makan sambil minum coke,
dan kau kata pada cinderella gila itu,

"kalau kau minum coke , aku belasah kau"

kau tahu? cinderella gila senyum happy.hati dia bunga bunga.sebab bila kau cakap dekat dia mcm tu,
dia rasa kau caring pasal dia.tapi kau tak pernah tahu sebab kau buta hati.kau dungu. kau bodoh.kau ego. kau selfish.
tapi itu semuanya sudah berlalu dibawa angin, sudah ditelan air laut, sudah disampah sampah, sudah tak ada harga dan makna.

kerana cinderella gila sudah pulang. sudah pukol 12. sudah off kenangan wonderful kita.sudah berakhir segala emoshit happy
kita.
hisap marlboro merah kau sampai habis enam belas kotak sayang.sampai paru paru kau bertukar warna gelap sebab aku tahu kau suka warna hitam.
jangan berhenti bakar rokok kau.

jangan berhenti
jangan berhenti sayang,
sebab cinderella gila sudah sakit dan terus pulang ke rumah. tanpa pulang kepada kau lagi.
cinderella gila sudah tidak ada senyuman khas untuk kau,
cinderella gila sudah tidak ada air mata betina untuk kau,
cinderella gila sudah hilang dari ingatan kau.
goodbyes my lover.




"Sometimes we come into a person's life,not to make them love us but to make them feel
that they are so much worth loving for."




another palat story by Jaja Lee.

Ok,Jom minom Coke.

Cinta Atap,

Cinta.Love.atau apa apa saja yang kau kau semua mahu define.Tak semua tahu apa itu cinta.Termasuk aku.Aku masih cari apa itu cinta. Ada orang bodoh sebab cinta. Ada orang derita kerana cinta. Ada orang hidupnya gembira kerana cinta.Ada orang senyum sampai telinga kerana cinta.Ada orang bermusuh musuhan kerana cinta. Ada orang menangis kerana cinta.Tapi ingat kau kau semua, orang itu bodoh, sedih, derita,senyum, menangis, ada sebabnya. ADA sebabnya yang mereka sendiri tahu.Hati kecil mereka sendiri yang RASA.bukan kau, bukan dia, tapi MEREKA.Tapi percayalah, cinta itu ada.


Anna baring . Baring atas katilnya.. Dia pandang atas. Dia depa tangan. Dia lihat siling. Badannya semakin menyusut. Mungkin kerana Aidil tiada lagi dalam hidupnya. Aidil. Lelaki yang beri dia senyum hari - hari. Yang buat dia ketawa sampai menangis. Dia tak sangka lelaki itu pergi sebegitu cepat.Aidil pergi meninggalkan anna kerana kanser hatinya yang terlalu parah.

"Anna, mari makan."

"Tak apa lah bu.Anna tak lapar,ibu makanlah dulu''

"Sudahlah Anna,jangan diikutkan sangat perasaan tu"

Anna diam.Dia terus termenung. Ibu berlalu pergi.Anna kunci pintu biliknya.Dia pandang cermin.Rambutnya yang diikat, dilepaskan. Dia ingat lagi bila dia bersama Aidil,lelaki itu pesan,

"Kau jangan potong rambut kau lagi taw baby,aku suka rambut kau panjang mcm ni,kau nampak comel"

"Okay, aku takkan potong, kau dengan ibu sama je. taksuka aku potong rambut. aku tak potong ni sbb aku sayang kau taw"

Aidil pandang Anna.Dalam pandangannya,dan dia kucup dahi Anna.Anna senyum.Dan mereka berjalan pulang.

Aidil,aku rindu kau.
Anna buka almari.Dia capai kotak.Kotak yang tersimpan segala gambar - gambar dia dan aidil.Surat-surat, hadiah -hadiah.Semua.Dia lihat semua itu kembali.Air mata betina dia mengalir lagi.Entah untuk kali ke berapa.


Tapi itu semua dulu.Setahun yang lepas.Sekarang Anna sudah kuat. Kembali ceria.Kembali senyum.Kembali bersosial dengan kawan - kawan.Kembali ber jenaka dengan rakan rakan.

Tapi Anna tak jumpa cinta seperti Aidil.Susah.Payah.
Hingga satu hari,Anna mula berbual bual dengan Kid.Rakan sosial facebooknya.
Dan ya.Anna rasa pelik.Dia rasa gembira yang sangat gembira.bila Kid berjenaka dengannya.Tiap hari Anna tunggu Kid ber-online.Anna rasa semangat dia kembali pulih.

"Anna, kau kenapa kurus sangat?"

"Kid,aku dah hilang seleralah''

"Kau bela hantu raya eh?"

"HAHA.Bukan makin gemuk ke kalau bela hantu raya?"

"Aku saja nak test kau ni lem ke tak"

Dan Anna pon ketawa.Senyum sampai telinga.

Lama mereka berkawan.Tapi hanya di laman sosial.Anna marah,sedih,happy.Semua Kid tahu.Dalam diam,Anna menyukai Kid.Tapi Anna rasa rendah diri.Dia tak sanggup nak beritahu Kid.Mungkin dia terlalu sakit dengan Aidil.mungkin Anna bencikan satu perubahan.

"Anna,kau taknak jumpa aku yang hensem ni ke?"

"Weh,m.daud kilau pon menang kot dengan kau"

Padahal hati Anna menjerit - jerit mahu berjumpa dengan Kid.

"Eleh,aku tahu,kau nak kata aku hensem kan?tapi kau segan"

"Bla la weh.Nak jumpa ? Bila?"

"Esok.Dekat port aku"

"Weh port apa ni?kau pusher ke ape?"

"Bukan lah gila.Kau tunggu aku esok.Dekat 7e yang aku cerita aku sesat tu"

"Okay,kau bukan perogol bersiri kan?"

"Takde lah.serial killer je"

Dan Kid pon off.Anna senyum ketawa.Anna eksaited.Puas dia fikir, nak pakai baju apa.Malam itu, Anna senyum hingga terlelap.

"Kid,Mana kau?"

"Aku yang hensem ni pon kau xnampak ke Anna?"

Anna pandang belakang bila terdengar sesoeorang menyebut namanya.Omaigod.kata Anna dalam hati.Kid betul2 mencairkan dia.Walau dengan jeans lusuh,dengan tshirt bloc party,dengan senjata tembak dibelakangnya,sambil hembus dunhillmerah, itu sudah cukup mencairkan Anna.

"Weh, kau kenapa terdiam macam nampak hantu ni?Dalam Ym kemain lagi lincah bercakap dengan aku"

"Kau hodoh sgt.Sebab tu aku terdiam"

"HAHA.Mangkok.Dah2 jum jum"

"Pegi mana?"

"Kau ikut je, kau mesti suka lah tempat ni"

"Jangan kau bawak aku pegi kelab dangdut sudahlah Kid.Muka dah la iras iras m daud kilau"

"Siot la kau ni,haha,kau ikot je.Jangan banyak bunyik"

Kid pimpin tangan Anna.Anna terkejut.Kid senyum.Dalam hati Anna berbunga bunga gembira.
Mereka berjalan . Agak jauh juga. Anna tertanya tanya.Kenapa Kid menghala ke bangunan itu.

"Ok,kita dah sampai"

"Bangunan ape ni weh?Nampak mcm dah lama gila dibiarkan.semak semak semua."

"Ni lah port aku kalau aku bosan.Jom naik atas"

"Jom"

Mereka mendaki tangga - tangga. Anna rasa sangat teruja.

anna eksaited. lama dia tinggalkan tempat begini. semenjak aidil dah pergi. dia tak ada teman mahu ke tempat begini.
mereka sampai juga ke bangunan paling atas.ke atap yang paling atas.tempat yang jauh dari bunyi bising dunia. kerusi berselerak. habuk - habuk. paku paku.semua ada. dari atas. Anna nampak seluruh bandar. Dia rasa puas.Dia rasa diri dia sudah jauh dari tangis derita lama.

"kau kenapa diam?"

"tak ada apa.thanks kid"

"kau suka?"

"sangat"

"kalau kau suka, aku nak kau jalan itik depan aku sekarang"

"HAHA.gila! tamahu aku.penat lah kaki aku nanti"

"ala kau ni.mengada.haha.dah2 jom jom. kita lepak tepi sana."

"kau tak takot jatuh ke? tinggi taw tak kita ni"

"ala anna, kalau dah ajal,kat mana mana pon aku boleh mati"

Anna terdiam.Dia ekori saja langkah kaki Kid.Mereka duduk. Tangan mereka kebelakang.Kaki dijatuhkan ke bawah bangunan.Matahari yang mahu terbenam ketika itu adalah hiburan yang paling istimewa untuk Anna dan Kid.Pada hari pertama mereka berjumpa,Kid sudah hidangkan Anna dengan hiburan yang sgt istimewa.Sayang Anna pada Kid semakin kuat.

"kau tahu Anna, kalau aku sedih.Aku datang sini.Kadang2 sampai aku lupa nak balik rumah.Tempat ni sangat istimewa untuk aku"

"Tapi kenapa kau sedih kid?"

"Anna, tak semua dalam hidup aku ni, buat aku senyum.kadang2 kita perlu sedih untuk jadi kuat"

Anna pandang Kid.Hebat juga berkata kata lelaki ni.

"Tempat ni dah mcm rumah kedua aku Anna. Aku suka sebab aku tak jumpa org kalau aku dekat atas ni,aku tak sedih tgk muka suma orang"

"kid , aku ada dgn kau sekarang.kalau kau sedih. kau cari aku. aku rasa. aku pon rasa apa yang kau rasa sekarang"

"yelah cik Siti Raihana.kau ni comel jugak kan.Aku ingat gadis2 laman sosial ni sumanya fake."

"ah kau. jangan nak nama penuh sgt lah.and jgn nak membodek aku.aku tak ada ferrari kt rumah"

"puji pon salah.kau comel lah anna, mcm sailormoon"

"haha. sial! dah2. aku taknak dga ayat2 gula kau lagi"

"kau suka kan kan kan?"

Anna sengih sinis. sambil matanya menjeling Kid. dia cubit Kid. Kid lari. mereka berkejar kejaran atas bangunan itu. Kid tembak beberapa gambar Anna.Gambar mereka
berdua juga. Mereka berdua punya minat yang sama. sangat gilakan camera. Bagi mereka camera itu jiwa.gambar itu nyawa.

Setelah beberapa lama menggila di atas sana..mereka bergerak pulang. dalam perjalanan.hujan turun. anna dan kid berlari2 mendapatkan tempat berteduh.dan kid peluk anna. hujan turun dgn lebatnya.tiba tiba kid tarik tgn
anna.anna terkesima. mereka menari - nari. tak peduli dgn org org sekeliling. mereka menari bagai tiada hari esok.kid tolak anna.anna tolak kid.ada jugalah kid jatuh tergelincir.akhirnya, kid selamat menghantar anna ke rumah. kid ucap selamat tinggal. anna lari ke bilik. laju saja
dia membuka laptop.gamba kid menjadi desktop background. segala tentang hari itu. dia tulis di dalam diarinya.anna sgt gembira. dia sepertit rasa dia sudah temui cinta
selepas aidil.

hari berganti hari. bulan berganti bulan. sedar tak sedar. sudah hampir setahun lebih mereka berkawan.sudah banyak kali juga mereka berdua lepak di atap paling atas itu.
kadang2 anna petik gitarnya di atas sana. menyanyi dengan Kid.melepaskan segala rasa. segala gala nya begitu indah. Kid seperti tahu apa yang Anna mahu. Kid tahu bagaimana mahu buat Anna tersenyum.
Anna rasa seperti tidak mahu ada hari penghujung utk dia dan Kid. dia tidak mahu ada perkataan goodbye dalam hidup mereka. Kid melayan Anna dengan begitu baik.
Hingga satu hari.Mereka lepak di Mcdonalds. Kid dan Anna membawa komputer riba masing -masing.

"Kid, aku nak pegi toilet jap. Sakit perut siut."

"Ha yelah"

"Kau jaga laptop aku jap.Jangan risau. Takde blue"

"Kecoh la. Kau ingt aku pervert sgt ke?"

"Wekk"

Anna berlalu pergi ke tandas.
Kid curi tgk laptop anna. Kid terdiam. Dia tak sangka. Gambarnya menjadi desktop background. Kid ternampak satu folder bernama "kau Kid aku"
Dia buka. Omaigod. Anna meluahkan perasaanya kepada Kid dalam nota itu.Segala tentang Kid anna tulis. Kid tak sangka. Anna memendam perasaan terhadapnya.Kid terdiam dan terus terdiam.
hingga tidak sedar anna sudah ada disebelahnya. Anna pandang kid.

"kenapa? kau dah tahu?"

"Anna..aku..."

"Sudahlah kid.aku tahu kau taksuka"

"Anna.."

Anna berlalu pergi meniggalkan kid.Kid sgt speechless.

"Anna aku pon suka kau"

Anna terdiam tatkala kid menelefonnya malam itu. mereka terus berhubung . saling menyayangi antara satu sama lain.anna terlalu sygkan kid. kid juga begitu.hari hari mereka begitu indah.

hingga satu malam,kid menghantar mesej kpaada anna.

"anna, kalau aku ada someone else.kau mcmmana?"

"takpe kid. aku hormat kau and aku tak ada hak nak halang perasaan kau."

"you are so sweet my little girl. aku syg kau"

"knp kid? kau ade someone else ke?jujur dgn aku kid. aku xkesah"

"bukan mcmtu. aku masih ingtkan mira aku lah anna. aku susah mahu lupa dia. even dia sudah ada kekasih sekrang.kau mst faham kan perasaan susah lupa"

"tak apa kid. aku xkesah. aku tahu di mana aku berdiri. just remember kid. i always be with you, no metta wat happen.aku ttp syg kau kid."

"mybe kita perlu masa anna.masa yang lama.aku syg kau jugak anna. cuma kita perlu masa utk sesuatu yang lebih jauh"

"kid, just follow ur heart's says, jgn worry pasal aku.ignore my feelings. kau hanya perlu tahu, aku sentiasa ada utk diri kau"

kid terdiam. anna sgt baik dan jujur bagi dia.dia peluk anna. anna sgt caring ttg dia. walau dia tahu dia akan terluka. anna tetap gagah. tetap dengan
perasaannya.tetap dengan pendiriannya. baginya. lebih baik dia sakit mencintai lelaki yang betul-betul dia suka, drpd dia gembira ttapi berpura2 mencintai lelaki lain.

hari-hari anna tidak akan ada satu pon terlepas dari berkata dia menyayangi Kid.setiap kali hari lahir kid, anna akan menghadiahkan kid apa saja yang kid suka. anna cuba sedaya
upaya menjaga hati kid.dia tidak pernah penat berusaha.ketika kid ditimpa kemalangan, anna sanggup menjaga kid di hospital sehingga larut malam. anna menyanyi di sebelah kid. buat kid tersnyum.
semunaya hanya utk kid.
hanya untuk kid.

namun apa yang kita mahu , tak semestinya akan jadi hak milik kita.setelah beberapa lama. kid membuat keputusan utk berjumpa dan memberitahu anna sesuatu.

"ada apa ni kid?"

"anna, aku harap, kau boleh terima dengan keputusan aku"

"keputusan apa?" anna keliru dan tertanya - tanya

"anna, aku dgn mira, sudah berbaik semula.. aku akan pindah ke penang. ayah ku harus berpindah ke sana.aku dah susah nak jumpa kau lagi lepas ni"

Airmata anna mengalir. sederas derasnya. dia tak sangka. kid akan meninggalkan dia sebegini.Kid mengesat air mata anna.

"Anna,please.Jangan mengalirkan air mata kau itu,kau tak comel lah kalau nangis" Kid cuba buat anna senyum.Tetapi gagal.

''kid, aku tamahu kata apa apa. cuma aku harap. kau bahagia. dan ingat. aku selalu ada untuk kau,ok?"

"Anna maafkan aku...."

Anna menutup mulut kid.Dia tarik tgn kid. masuk ke biliknya. Dia keluarkan satu album.Dia beri pada kid.

"ambiklah, ini album aku dengan kau, semua gamba ini aku kumpul, hanya utk kau"

"anna..kau terlalu baik anna"

"kid, aku sudah kata, aku selalu ada untuk kau. aku mahu kau gembira, aku tamahu kau sedih,ok?"

kid kucup dahi anna.betapa kentalnya hati Anna.dia berlalu pergi.anna mengekori kid dgn ekor matanya.anna menangis teresak esak..hanya tuhan tahu.sedihnya anna bila lepas ini kid sudah tiada utk menemaninya lagi. tak ada lagi yang mampu buat dia ketawa.tidak ada. tapi bagi anna,Kid ada dalam hatinya untuk selamanya dan cintanya pada Kid tak akan pernah pudar.
TAK AKAN.


kau kau semua kena tahu. cinta itu tak semestinya bersatu.mungkin anna bodoh.kerana mencintai lelaki yang tidak mencintainya.tapi anna jujur dengan perasaannya
dia tidak menipu dirinya sendiri. dia takmahu yang lain selain Kid.mungkin satu hari nnti, Kid akan buka jiwanya untuk anna.Kid akan nampak cinta anna itu begitu
jujur dan agung. Mungkin. Suatu hari nanti kau akan merasakan apa yang aku rasa Kid.Aku tunggu satu hari itu,hati anna berdetik.

Atap itu.
Rintik-rintik Hujan itu.
Gambar-gambar itu.
Sailormoon itu.
M.daud kilau itu.
Gitar aku.
Camera kamu.
Matahari itu.
Aku tak akan lupa Kid.


Semoga kau bahagia , Kid.



Dan Anna pun terlelap tanpa senyum dibibirnya lagi.







karya si bodoh,

Jaja Lee.

aku cinta kau satu malam,

Kadangkala.Kita tidak mahu suatu malam itu berakhir.Kita mahu malam itu terus menjadi malam itu. Terus. Tanpa belok dan henti.


"kau okay?" tanya Fiq pada aku.

"aku tak ada jawapan utk soalan kau"

"kenapa?"

"aku sedang cari hilangnya dimana."

"mari,aku hilangkan kau dari persoalan itu"

"tapi kau mahu bawak aku kemana?"

"nah, ambil ni"

"thanks, aku dah lama tak beli. duit tak ada" Lin senyum sedikit sambil hembus dunhill merah.

"aku paham.mama marah kau lagi?"

"bila masa dia tak pernah marah aku?" Fiq diam.

Kami berjalan.Menuju atas bukit tiga itu.Fiq kawan baik aku.Dia tahu aku sedih walau aku senyum selebar mana.

"Fiq,kenapa orang yang aku sayang tak layan aku mcm mana kau layan aku sekarang?"

"Mungkin mereka tak faham diri kau lagi"

"Tapi sampai bila?"

"Sampai kau give up"

Give up. Aku benci perkataan ini.Ah. Dunia , kenapa kau kejam pada aku?

Kami baring atas bukit.Dapangkan dada.Rasa semua masalah hilang. Fiq pegang tangan aku. Erat. Kami pandang atas.Aku nampak bintang. Banyak. Kalau boleh aku mahu kesana.Jauh dari semua.Jauh dari kekejaman dunia.

"Kau tahu lin, ada bintang di atas sana itu , sayang pada kita"

Lin termangu.

"Mana kau tahu?"

"Bintang itu menyorok. Kau saja tak nampak dia"

"Ya, mungkin orang yang aku sayang itu seperti bintang"

Menyorok dari aku.Mungkin mahu aku menunggu.

Kami tembak dua tiga keping gambar.Aku tersenyum juga malam itu.Fiq peluk aku erat. Dia tahu bila aku mahu menangis.Mengalir juga air mata betina aku malam itu.

"Aku sayang kau lin, jangan selalu sedih mcm ni"

"Bukan selalu aku gembira"

Menangis lah lin. Sampai kau penat.

Kami berjalan pulang. Sambil berjalan itu. Hujan membasahi bumi. Aku senyum. Fiq pun sama. Aku sayang hujan. Aku menari nari sama Fiq. Hanya Tuhan tahu. Betapa gembiranya kami. Hujan betul betul tolong aku. Tolonglah. Jangan hentikan malam ini. Aku sayang momen begini.
Tapi semuanya hanya satu malam.
Satu malam yang aku tak dapat ulang lagi.
Fiq sudah pergi.
Tinggalkan aku.
Aku rindu kau.
Semoga kau tenang disana ya fiq.