Sunday, May 29, 2011

King,


"Fuck..."

"Sakit kan?"

"Sangat"

Hujan lebat luar sana.Rintik jatuh lebat.Queen dan King masih di tepi kaki lima.Terduduk terjulur kaki berdua.Merenung jauh menembusi setiap atmosfera.Tak terjangkau apa yang dilihat.Queen lihat sayu darah darah yang mengalir di tangan jari jemari King.Luka terkoyak kulitnya disini sana.Setiap titisan darah itu sama laju dan sakitnya air mata betina Queen yang mengalir laju melihat yang terjulur kaki sebelahnya berdarah sakit berduka lara.

"Aku dah kata,jangan buat.Kau patut dengar aku.Bukan si syaitan di dalam dada"

Queen mula mengomel sambil air mata betinanya tidak ada henti untuk mengalir.

"Kau patut faham aku.Kau patut nampak semuanya."

"Sayang sampai satu badan kau macam cilaka sakit disini sana?Kau patut belajar sayang diri kau dulu King"

Yang terdengar selepas itu hanya rintik hujan.Yang terasa selepas itu hanya kesejukan.King diam.Diam tanda dia tidak mahu berkata apa.Queen tidak henti henti membersihkan segala darah yang mengalir.

"Aku rayu King.Jangan diulang benda bodoh ini lagi.Aku rayu"

Masih.King diam.Terus.Queen terus memeluk sayu King.King rebah di pangkuan Queen.Hanya kesejukan yang menjadi saksi rebah sakit King hari itu.Tidak berapa lama King bersuara.

"Queen.."

"Apa?"

"Maafkan aku.."

"Untuk apa?''

"Aku terlalu sayangkan kau,Queen.You'll be my Queen forever."

Queen hanya diam.Merenung terus ke dalam anak mata King.Terus didakap lelaki unpredictable itu.

"Sampai mati,King.."


-----------




1 comment:

dochi said...

dapat rasa tingginya sayang king itu .